Sabtu, 23 Jun 2012

SAHABAT, KERANAMU SELANGKAH KU MENDEKATI ALLAH.


1. Nama diberi Surau At-Tahalli.. kemudian nak ditukar ke Surau Al Amin, ejaan Tahalli menjadi Thahalli.. Akhirnya kembali kepada yang asal dan kekal sebagai Surau AT-TAHALLI.. Ajk surau, jangan silap eja na... 

2. Tahalli bermaksud "MENGISI ATAU MEMPERHIASKAN DIRI SESUDAH DIBERSIHKAN DENGAN ISTIGHFAR DAN TAUBAT"

3. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah seperti:


·         Kuliah Maghrib, Kuliah Subuh & Ceramah Agama (Sila Rujuk Jadual Bulanan)
·         Kelas Pengajian Tajwid
·         Majlis Korban
·         Sambutan Maulidur Rasul
·         Kursus Pengurusan Jenazah (teori & praktikal)
·         Solat Terawih

4. Surau ini terletak di Taman Mutiara Tanjung dan dikongsi bersama oleh Taman Teratai dan Taman Nilam Tanjung.. Alamat surau : 

SURAU AT-TAHALLITAMAN MUTIARA TANJUNG,14110 BATU KAWAN, SEBERANG PRAI SELATAN,PULAU PINANG. email : surauattahalli@gmail.com



5. Dijemput kepada semua muslimin & muslimat untuk bersama-sama mengimarahkan dan menghidupkan rumah Allah ini.. Di sinilah kita saling mengenali antara satu sama lain dan menjalinkan persahabatan bagi membina kesatuan umat Islam di kawasan Batu Kawan khususnya tanpa mengira bangsa, keturunan, warna kulit, pangkat mahupun perbezaan parti sekalipun, kepentingan umat Islam mesti diutamakan.. Jom Solat berjemaah di surau...